20 hingga 24 2008 , Duta Villige, Kuantan Pahang.
Suasana yang tenang pada petang 20hb.. Dewan kursus masih dengan persiapan yang akan dijalankan pada 4.30petang. Pemasangan peralatan Sistem editing NLE yang dibekalkan oleh http://www.zaftrad.com.my/ bahagian latihan & kursus dengan banyaknya untuk kegunaan semua peserta semasa kursus. Kelihatan beberapa para peserta sudah mula mundar mandir di sekitar resort.
Jam 5 petang kelas bermula dengan pengenalan kursus. Pengenalan dikendalikan oleh en sharif sebagai peneraju kursus. sesi pengenalan berjalan dengan perbincangan yang sederhana berkaitan kebolehan dan kemampuan para peserta dalam bidang penerbitan. Ramai yang masih baru dan mula-mula berjinak dengan dunia video. Ada beberapa peserta yang masih belum pernah mengendalikan kamera video dan sistem editing NLE. Tak mengapa... keadaan masih belum panas..
Exam dijalankan selama 20 minit untuk menilai kemampuan para peserta dalam berbagai bidang pemikiran dalam dunia multimedia. Ujian minda ini adalah untuk menilai para peserta terhadap dunia kreatif akan dijalankan dalam kursus ini. Semua jawapan dapat dijawap dengan selamba... harus di ingat tak semuanya betul... Sebagai penaraju kursus, kami menjalankan kursus ini dari peringkat asas peralatan, format, teknologi sehingga pengendalian peralatan dan penerbitan berkumpan sehingga siap di akhir kursus.
Pada sebelah malam selepas makan malam.. para peserta diberi penerangan berkaitan Format yang terdapat di pasaran dan penggunaan format hari ini. Sesi ini dijalankan untuk penerangan mengenai keseluruhan penerbitan dalam pembikinan penerbitan video. Tepat jam 9.00 malam upacara perasmian kursus dijalankan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Pahang... selepas Majlis perasmian, kursus diteruskan dengan pengenalan kamera video CCD, 3CCD.. Ramai yang masih terpingga-pingga... masih belum dapat memahami. Kelas diteruskan dengan teknik-teknik dan tip-tip berkaitan kamera video. Para peserta cuba dan terus mencuba untuk mempelajari seberapa baik yang boleh.
Kelas berhenti minum dan diteruskan sehingga 1 pagi.. nampak para peserta cukup berminat dengan apa yang dipelajari.. sesi soal jawap sentiasa diadakan dan setiap soalan cuba diperjelaskan oleh tenaga pengajar.. kelas ditutp pada pukul 2.30pagi.. tidor.
Penulisan Skrip oleh Dato Mutalib...
Apa itu skrip... ramai yang belum pernah menulis sebarang skrip namun tak menjadi masalah kerana dengan setiap dedahan yang diberikan oleh dato amat bermakna... huraian demi huraian diberikan untuk memantap lagi pemikiran dalam penulisan skrip setiap orang peserta kursus. Dato memberi berbagai bagai tip untuk menulis skrip baik skrip dokomentari, skrip pendek, skrip drama dan berbagai bagai skrip lain....Akhir kursus penulisan skrip, para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan akan mencipta satu projek dalam masa 1 hingga 3 minit rancangan... pasti seronok. Kelas di sambung oleh en sharif tentang penggunaan kamera video yang betul... makan tengahari.
Kelas disambung dengan dedahan fungsi yang terdapat dibadan kamera dan penggunaan Filter, White Balance, Penggunaan Iris dan banyak lagi yang didedahan diselangselikan dengan soal jawab mengenai kamera video. Para peserta juga membawa kamera masing-masing untuk terus belajar tanpa henti dan tanpa rasa penat untuk terus belajar.
Sebelah malam, Para peserta di ajar menggunakan peralatan editing NLE. dengan software Canapous Edius NX HD.. pihak penganjur menyediakan 7 unit sistem editing dengan kapasiti broadcasting kualiti. Semua sistem dibekalkan dengan 2 skrin yang berkembar serta storage yang besar seperti 320 GB keatas bagi setiap satu sistem. Ramai yang belum pernah menggunakan sistem ini namun dengan tunjukajar oleh en sharif semuanya menjadi mudah...fungsi yang diajar cukup menarik iaitu bagaimana hendak menggunakanya sehingga setiap peserta mampu menjalankan kerja-kerja editing dengan sendiri. Disamping itu pihak penganjur juga menyediakan software sementara bagi di downloadkan kedalam setiap laptop ( Komputer peribadi ) yang di bawa oleh peserta... teknik ini dapat memudahkan setiap peserta mempelajari software ini dengan cepat....
Penggunaan Timeline, BIN, Effect, Cut, Drag and Drop mempercepatkan proses pembelajaran editing pada malam itu... jangkaan saya kelas akan mengambil masa selama 3jam untuk pandai namun semangat peserta cukup memberangsangkan iaitu hanya 2jam saja kelas editing dijalankan, para peserta sudah beralih ke sistem komputer yang dibekalkan dan terus mencuba tanpa henti... maka peserta menjadi terus pandai menggunakanya....Anda boleh bayangkan dalam masa sesingkat itu mempelajari sesuatu yang baru dan terus menjadi pandai....dasyat... syabas, tahniah kepada para peserta kerana semangat dan kometmen yang diberikan... kelas terus berjalan tanpa henti sehingga jam 4 pagi....( jadual hanya 10.30 malam saja ) Anda semua memang hebat... cukup hebat...Esok pagi semua para peserta akan menjalankan projek shooting berkumpulan seawal pagi......tidor... ada yang mengigau, ada yang tak boleh tidor, asyik terfikir apa yang nak di shooting esok... kesian... semangat sudah membara....