Tuesday, April 29, 2008

PEMBIKIN CERITA WAYANG

Ramai yang tidak tahu bagaimana sesebuah cerita itu di jadikan....

Menonton di Tv adalah biasa. Tak kisah seronok atau tak yang penting ada bahan untuk disi semasa waktu free, kita tak kisah ianya mendatangkan faedah atau tidak kepada diri kita sewaktu itu. menonton tv atau wayang gambar cukup untuk kita rehatkan diri selepas penat bekerja seharian atau semalaman.... penat.

Menjadikan sesebuah cerita amat rumit dan memerlukan begitu ramai tenaga kerja yang tidak akan jemu dalam dunia kreatif. Adakah anda faham bagaimana cerita itu di jadikan... Masalah la nak fikirkan bagaimana ia dijadikan... tengok aje pun dah cukup. tapi kalau anda tahu bagaimana ia di bikinkan lagi seronok. Bermula dengan sesuatu idea yang cukup menarik. idea yang mungkin di anggapkan sebagai gila-gila... itu idea yang cukup baik... dalam setiap idea yang datang perlu ada intro dan endingnya... bila difikiran... seronok juga dengan idea begitu maka... sebuah skrip pun di tulis. bagaimana nak menulis skrip.... itu yang penonton tidak tahu....ya skrip.... ramai yang bertanya bagaimana nak menulis skrip dan apa itu skrip.... ah! malas nak fikirkan lagi.... biar saja yang pandai tulis ... kita sebagai penonton.. menonton saja. ha! dari skrip bermula sesuatu cerita yang boleh menarik perhatian penonton dalam sesuatu cerita itu. olahan skrip amat penting.. jalan cerita, sub plot yang membawa cerita dan sub plot yang membunuh cerita cukup diambil kira. prosa kata dalam skrip serta huraiaan jalan cerita telah disusun dengan baik oleh penulis skrip. Penulis skrip sudah tahu apa akan jadi dengan sesuatu cerita itu. Penulis skrip boleh membuat penonton menangis dan penulis skrip juga boleh membuat penonton marah.... adakah ada suka sebagai penulis skrip?

Ok... skrip dah siap... kalau drama bersiri, skripnya paling kurang 18scen. kalau cerekarama skripnya paling kurang 75scen. bila skrip sudah siap maka cerita tersebut sudah boleh masuk peringkat produksi.... iaitu penggambaran. Pernah tengok bagaiamana orang shooting drama? apa tak pernah.... ha rugi tau....bagi yang pernah tengok!.... apa boring... memang kerana ramai yang tak faham bagaimana shooting dijalankan.... oleh itu kita kena ingat sebelum memulakan shooting .... di adakan skrip reading dengan pelakon terlebih dahulu. pelakon cuba untuk memahami watak yang di beri... watak...watak.... faham watak. watak orang kaya.... kena gaya dengan orang yang kaya... watak perogol mesti ada gaya perogol dan dialognya juga mesti sesuai.

Lokasi : SEBUAH KAMPUNG DI TEPI LAUT
Scen : 5 / Shot: 1 / Take : 3

Kelihatan seorang gadis manis sedang termenung di atas longokan batu. suasana petang yang cukup dingin. matahari semakin terbenam. gadis tersebut bagai sedang menanti seseorang yang masih belum pulang. kelihatan burung camar berlegar-legar di udara. Kelihatan mak uda datang kearah gadis itu.

Mak Uda : apa yang kau tunggu lagi seri? ( mak uda bertanya kepada seri yang nampak makin termenung semenjak tadi )

Seri menoleh kearah mak uda dengan sayu, seperti mengharap sesuatu...

Seri : Entah la mak uda, seri pun masih terasa , abang imran.....
Seri tidak dapat meyambung lagi kata-katanya.....


Sebagai penonton, apa yang terhasil di kaca tv adalah sesuatu cerita. SERI dan Mak Uda di tepi pantai.. sebagai pembikin... begitu ramai tenaga produksi di perlukan... anda tahu adanya Pengarah, Penolong Pengarah, Jurukamera, Penolong Jurukamera, Juruaudio, Penata Cahaya, Pengurus Produksi, Jurumakeup, Jurugegas... yang buat air minum dan makan. Pemandu.... dan banyak lagi yang jadi penonton kat belakang.....semua yang berkerja bagai faham bagaimana nak berkerja dengan baik sehingga boleh menghasil cerita yang cukup menarik dan diminati ramai.....

CUT!!..... jangan tunjuk muka yang begitu... sedih, sedih sedih... u kehilangan suami yang tak balik.... kata pengarah kepada artis yang membawa watak seri.... kita macam tak percaya... seseorang pengarah mampu melihat orang lain yang melakonkan sesuatu watak tidak kesempaiaan.... pembawaan watak amat perlu.... kegagalan membawa watak boleh merosakan jalan cerita itu sendiri... ok... bagaimana watak boleh dicipta?

Stanby!!! roll camera......and AAAACTION !!

pernahkah kita tahu bagaimana seorang pengarah menjalankan tanggunjawapnya...itu masalah kita, semua ini tak ada dalam sebuah cerita yang kita tonton...kita menjadi rugi jika kita hanya sebagai penonton sahaja. rugi kalau kita tidak cuba untuk memahami apa itu pembikinan cerita! di sebalik tabir sesebuah cerita ada banyak pengorbananya. korban masa, korbankan wang ringgit yang begitu mahal...untuk anda mencari suatu kepuasan. .....CUTT!

Bunyi macam marah... itulah seorang pengarah... mencari sesuatu yang terbaik. apa pula perasaan jurukamera dan pelakon itu sendiri, dan lain-lain krew. perkataan CUT sudah cukup memberi makna sesuatu yang salah atau kepuasan pengarah itu sendiri. kita perlu berada di tempat itu sendiri untuk memahami bagaimana sesebuah pembikinan cerita yang sebenar....

ok.... masih jauh dan panjang jalan untuk merialisasikan apa yang kita ingin...kan.

No comments: