Monday, June 30, 2008

BERANI MENGUJI KEWIBAAN DIRI

PROGRAM KARYAWAN MUDA.

Satu lagi peluang untuk anda menguji keberanian diri anda untuk di keritik oleh penonton. Beranikah anda bertarung dilayar kaca TV seluruh malaysia dan dunia amnya. Kita tidak pernah tahu kemampuan diri kita sendiri adakah kita sudah cukup kreatif? atau kita saja mengatakan kita sudah kreatif! sedang kan orang lain tak memahami apa yang kita hasilkan untuk tatapan umum.

Kita perlu memahami konsep yang ingin kita keluarkan dan dijadikan tatapan umum. Apakah konsep itu?

Huraian ini dapat membantu anda memahami secara mendalam lagi...

DOKUMENTARI
Apa yang kita fahami dengan Dokumentari? Sebuah rancangan yang merangkumi beberapa aspek seperti Gambar bergerak ( live ), suara latar, muzik, grafik, sound effect dan bebrapa lagi yang diperlukan untuk mencantikan persembahan dan maklumat yang tepat. Dokumentari harus mengikut fakta-fakta yang tepat dan tidak boleh dimasukan sebarangan kerana kesan dari maklumat yang salah akan membawa kepada maklumat yang salah oleh penonton. Dokumentari 5 hingga 10 minit adalah sebuah dokumentari yang cukup menarik dan tidak membosankan. Apa yang nak kita buat.

Fikirkan tajuk-tajuk yang boleh menarik minat penonton. Bagaimana nak membina tajuk itu? Fikirkan sesuatu yang berharga dan bernilai sejarah yang cukup tinggi. Menghuraikan sesuatu cerita yang memberikan kesan mendalam kepada penonton akan membuat Dokumentari kita menjadi pilihan ramai.

Cadangan tajuk : contoh. Sejarah Tok Gajah... ya nampak biasa tapi kita harus diingat sudut mana yang ingin dipersembahkan. Kita ambil dari sudut kekuatan Tok gajah itu sendiri... bukan sudut siapa itu Tok Gajah!.. Nama tok gajah ramai yang memahami siapa dia sebenarnya namun kita ambil cerita dari pandagan Kekuatan Tok Gajah ( Pengaruh? Fizikal? Kepimpinan ) kepada sesuatu tempat itu,,,,

5 minit cerita bermula dengan 1minit Montage ( Klip-klip gambar yang bergerak dalam keadaan yang laju serta dimasukan tajuk sebenar. dari montage juga kita sudah membina perasaan yang ingin tahu lebih lanjut tentang cerita seterusnya. Penggunaan muzik yang baik seperti bit muzik yang rancak dan impak kepada penonton amat penting. fikirkan apa kehendak diri kita? kita suka dan adakah orang suka... senang kita mengikut keadaan sesuatu cerita itu.. itu yang penting.

2 minit seterus kita membawa penonton mengenali dari peringkat asas sesuatu cerita yang ingin kita ceritakan. Huraian dengan jelas amat penting agar penonton dapat merasai sendiri betapa pentingnya cerita kepada penonton itu. Masyarakat kita mudah diajak untuk menonton sesuatu cerita dengan syarat jangan kita memaksa penonton memikirkan secara mendalam sesuatu cerita yang ingin disampaikan. Cerita kita mesti bermaklumat yang tepat dan ringkas difahami... itu penting. Sebarang maklumat mesti dibantu oleh carta atau intervew yang boleh menguatkan lagi cerita kita.

1 minit seterusnya kita menunjukan kejayaan dan kebaikan yang terdapat dalam cerita kita, agar penonton boleh turut sama berbangga. Kita yang mengajar penonton, ingat kita tidak boleh syok sendiri dengan apa yang kita buat. Biar penonton menilai apa yang kita buat. Berani.. kita harus berani. Kejayaan ini juga jangan terlalu menunjukan melampaui yang seharusnya kerana penonton bosan dengan sanjungan yang terlalu tinggi.. biar penonton merasai kejayaan itu dengan perasaan penonton sendiri... wahh.. dasyat tu!!!! penonton akan menjawab sebegitu bermakna kita sudah mencapai apa yang di inginkan oleh penonton.

1 mint sebelum penutup kita perlu memperjelaskan kejayaan yang akan berterusan seperti vision ( masadepan ) dengan ini kita sudah membawa pemikiran penonton agar menanti-nanti rancangan kita yang berikut dan penonton juga akan menjadikan perbualan berkaitan cerita kita. Kalau boleh dibantu dengan beberapa intervew yang membina dan memajukan sesuatu cerita itu serta diselitkan gambar-gambar yang menarik agar kemeriahan itu tidak akan berakhir serta muzik juga penting kerana ia akan membuat penonton sentiasa berada dalam keadaan gembira.

Kita jangan buat penonton sudah menjangkakan bahawa rancangan kita sudah masuk diakhirnya cerita namun penggunaan suara latar dan keliping montoge ( Recap ) berkaitan cerita diawal akan membantu penonton menghayati secara mendalam.

Ha... jika anda sudah membaca dan saya mengharapkan anda semua akan memasuki pertandingan PROGRAM KARYAWAN MUDA anjuran FILEM NEGARA MALAYSIA yang akan di buka penyertaan bermula 4 Julai hingga 30 Oktober 2008.. hadiahnya cukup menarik... RM 10,000 ... siapa nak bagi...Beranikan diri untuk di nilai hasil kerja kita.... adakah kita dah cukup bagus... Semua penyertaan akan ditayang di Kaca TV RTM... ha penonton seluruh dunia akan menilaikan hasil kerja kita... Syabas anda sudah memasuki zon BERANI.

TAK CUKUP BERANI....anda dipelawa memasuki zon latihan.. www.zaftrad.com.my

No comments: