Friday, December 5, 2008

gambar kursus



KURSUS PENERBITAN VIDEO PROFESIONAL













KURSUS PENERBITAN VIDEO
JABATAN PENJARA MALAYSIA.

Mencipta satu minda baru dalam dunia kreatif
Menghurai berbagai permasalahan dalam dunia multi media.
Merakam perkara yang baru.
Mengedit gambar yang kita suka...

Teruskan dengan minat anda.... www.zaftrad.com.my

Thursday, July 31, 2008

don'tmedia: PROGRAM KARYAWAN MUDA

www.karyawanmuda.com.my
www.zaftrad.com.my

PROGRAM KARYAWAN MUDA

PROGRAM KARYAWAN MUDA .. RTM TV 1

Selamat menonton jam 5.30petang hingga 6.00petang setiap hari sabtu dan ahad tiap-tiap minggu... tiap minggu sehingga hujung tahun.

Apa yang menarik rancangan ini?
Untuk siapa rancangan begini?
Macamana nak joint dengan rancangan begini?

Rancangan ini adalah di terbitkan oleh FILEM NEGARA MALAYSIA. Tayangan oleh RTM TV 1.
Rancangan ini untuk peminat-peminat dalam dunia multimedia. Bagi yang minat nak menghasilkan terbitan sendiri dan ingin mencari sesuatu yang baru dalam dunia tayangan TV ... yess.

Rancangan ini dalam bentuk pertandingan. ( TANPA BAYARAN MASUK ) setiap penyertaan akan di pertandingkan dan mesti ada hadiah. Hadiah juga cukup lumayan dan sijil serta tropi. Glemer jadinya.

Ada empat kategori yang anda boleh fikirkan apa yang nak dibuat!
1. Dokumentari
2. Jenaka
3. Animasi
4. Eksperimental


Setiap rancangan dihasilkan oleh anda hendaklah masanya tak lebih dari 5 hingga 10 minit... ingat umur anda juga tak boleh lebih dari 30tahun semasa menghantar penyertaan... borang boleh diambil di www.karyawanmuda.com.my.

Harus diingat, setiap rancangan yang dihasilkan anda akan di tayang dikaca TV RTM ( TV 1 ) menang atau kalah... tayangan tetap. Maka hasil anda akan berkemundang di kaca TV. ini juga akan memberi satu kepuasan bagi pengiat seni kreatif apabila hasil kerja kita dapat di tayang di kaca tv dan seluruh rakyat malaysia dapat menonton tanpa sempadan.

Untuk hasil yang berkualiti maka saya mencadangkan anda membuat rakaman mengunakan format DVcam ( Minidv ). Program anda hendaklah menarik untuk di tonton.

Semasa saya menulis blog ini.. sudah enam episod sudah di tayang di kaca tv. Hasil karya kawan-kawan kita yang mengikuti kursus dengan bahagian latihan dan kursus www.zaftrad.com.my telah di tayang di kaca tv. Impian Suparman, Bilik 303, Penyu, dan Channel 5 telah di tayang di kaca tv.. bagi yang lain kualiti kreatifnya belum cukup untuk tayangan... selalu saya mengharap bagi peserta kursus dapat menghasilkan sesuatu program yang baik agar dapat di pertontonkan kepada masyarakat hasil karya kita sendiri.

Saya diamanahkan oleh pihak FNM dan RTM untuk menghasilkan rancangan yang menarik maka setiap hari dan minggu saya sentiasa bergerak untuk membuat rakaman. Setiap Isnin dan Khamis saya membuat rakaman untuk Pengacara... Pengacara rancangan ini iaitu KIFLI budak AF zaman Mavi dahulu. Bagi kawan-kawan semua jika berminat nak belajar rakaman menggunakan 2 kamera serentak boleh hubungi saya...email : sharif@zaftrad.com.my.

Maka, saya percaya ramai kawan-kawan kat luar sana berminat untuk menghasilkan rancangan sendiri dan inilah masanya untuk menunjukan bakat anda sendiri. Jangan malu jangan segan.. dunia multimedia tanpa sempadan juga kepada kita maka cepat hasilkan rancangan anda. Anda boleh bekerja sendiri atau berkumpulan dalam menghasilkan rancangan begini.. teruskan niat murni anda itu...

Banyak rancangan yang boleh dihasilkan... seperti dokumentari... berbagai maklumat yang ada dan jalan cerita yang begitu banyak maka anda boleh mengulaskanya dalam bentuk rancangan tv.... saya sedia membantu anda ....

SELAMAT BERKARYA...

Monday, June 30, 2008

don'tmedia: BERANI MENGUJI KEWIBAAN DIRI

don'tmedia: BERANI MENGUJI KEWIBAAN DIRI

BERANI MENGUJI KEWIBAAN DIRI

PROGRAM KARYAWAN MUDA.

Satu lagi peluang untuk anda menguji keberanian diri anda untuk di keritik oleh penonton. Beranikah anda bertarung dilayar kaca TV seluruh malaysia dan dunia amnya. Kita tidak pernah tahu kemampuan diri kita sendiri adakah kita sudah cukup kreatif? atau kita saja mengatakan kita sudah kreatif! sedang kan orang lain tak memahami apa yang kita hasilkan untuk tatapan umum.

Kita perlu memahami konsep yang ingin kita keluarkan dan dijadikan tatapan umum. Apakah konsep itu?

Huraian ini dapat membantu anda memahami secara mendalam lagi...

DOKUMENTARI
Apa yang kita fahami dengan Dokumentari? Sebuah rancangan yang merangkumi beberapa aspek seperti Gambar bergerak ( live ), suara latar, muzik, grafik, sound effect dan bebrapa lagi yang diperlukan untuk mencantikan persembahan dan maklumat yang tepat. Dokumentari harus mengikut fakta-fakta yang tepat dan tidak boleh dimasukan sebarangan kerana kesan dari maklumat yang salah akan membawa kepada maklumat yang salah oleh penonton. Dokumentari 5 hingga 10 minit adalah sebuah dokumentari yang cukup menarik dan tidak membosankan. Apa yang nak kita buat.

Fikirkan tajuk-tajuk yang boleh menarik minat penonton. Bagaimana nak membina tajuk itu? Fikirkan sesuatu yang berharga dan bernilai sejarah yang cukup tinggi. Menghuraikan sesuatu cerita yang memberikan kesan mendalam kepada penonton akan membuat Dokumentari kita menjadi pilihan ramai.

Cadangan tajuk : contoh. Sejarah Tok Gajah... ya nampak biasa tapi kita harus diingat sudut mana yang ingin dipersembahkan. Kita ambil dari sudut kekuatan Tok gajah itu sendiri... bukan sudut siapa itu Tok Gajah!.. Nama tok gajah ramai yang memahami siapa dia sebenarnya namun kita ambil cerita dari pandagan Kekuatan Tok Gajah ( Pengaruh? Fizikal? Kepimpinan ) kepada sesuatu tempat itu,,,,

5 minit cerita bermula dengan 1minit Montage ( Klip-klip gambar yang bergerak dalam keadaan yang laju serta dimasukan tajuk sebenar. dari montage juga kita sudah membina perasaan yang ingin tahu lebih lanjut tentang cerita seterusnya. Penggunaan muzik yang baik seperti bit muzik yang rancak dan impak kepada penonton amat penting. fikirkan apa kehendak diri kita? kita suka dan adakah orang suka... senang kita mengikut keadaan sesuatu cerita itu.. itu yang penting.

2 minit seterus kita membawa penonton mengenali dari peringkat asas sesuatu cerita yang ingin kita ceritakan. Huraian dengan jelas amat penting agar penonton dapat merasai sendiri betapa pentingnya cerita kepada penonton itu. Masyarakat kita mudah diajak untuk menonton sesuatu cerita dengan syarat jangan kita memaksa penonton memikirkan secara mendalam sesuatu cerita yang ingin disampaikan. Cerita kita mesti bermaklumat yang tepat dan ringkas difahami... itu penting. Sebarang maklumat mesti dibantu oleh carta atau intervew yang boleh menguatkan lagi cerita kita.

1 minit seterusnya kita menunjukan kejayaan dan kebaikan yang terdapat dalam cerita kita, agar penonton boleh turut sama berbangga. Kita yang mengajar penonton, ingat kita tidak boleh syok sendiri dengan apa yang kita buat. Biar penonton menilai apa yang kita buat. Berani.. kita harus berani. Kejayaan ini juga jangan terlalu menunjukan melampaui yang seharusnya kerana penonton bosan dengan sanjungan yang terlalu tinggi.. biar penonton merasai kejayaan itu dengan perasaan penonton sendiri... wahh.. dasyat tu!!!! penonton akan menjawab sebegitu bermakna kita sudah mencapai apa yang di inginkan oleh penonton.

1 mint sebelum penutup kita perlu memperjelaskan kejayaan yang akan berterusan seperti vision ( masadepan ) dengan ini kita sudah membawa pemikiran penonton agar menanti-nanti rancangan kita yang berikut dan penonton juga akan menjadikan perbualan berkaitan cerita kita. Kalau boleh dibantu dengan beberapa intervew yang membina dan memajukan sesuatu cerita itu serta diselitkan gambar-gambar yang menarik agar kemeriahan itu tidak akan berakhir serta muzik juga penting kerana ia akan membuat penonton sentiasa berada dalam keadaan gembira.

Kita jangan buat penonton sudah menjangkakan bahawa rancangan kita sudah masuk diakhirnya cerita namun penggunaan suara latar dan keliping montoge ( Recap ) berkaitan cerita diawal akan membantu penonton menghayati secara mendalam.

Ha... jika anda sudah membaca dan saya mengharapkan anda semua akan memasuki pertandingan PROGRAM KARYAWAN MUDA anjuran FILEM NEGARA MALAYSIA yang akan di buka penyertaan bermula 4 Julai hingga 30 Oktober 2008.. hadiahnya cukup menarik... RM 10,000 ... siapa nak bagi...Beranikan diri untuk di nilai hasil kerja kita.... adakah kita dah cukup bagus... Semua penyertaan akan ditayang di Kaca TV RTM... ha penonton seluruh dunia akan menilaikan hasil kerja kita... Syabas anda sudah memasuki zon BERANI.

TAK CUKUP BERANI....anda dipelawa memasuki zon latihan.. www.zaftrad.com.my

Monday, May 26, 2008

KURSUS PENERBITAN VIDEO PROFESIONAL









20 hingga 24 2008 , Duta Villige, Kuantan Pahang.

Suasana yang tenang pada petang 20hb.. Dewan kursus masih dengan persiapan yang akan dijalankan pada 4.30petang. Pemasangan peralatan Sistem editing NLE yang dibekalkan oleh http://www.zaftrad.com.my/ bahagian latihan & kursus dengan banyaknya untuk kegunaan semua peserta semasa kursus. Kelihatan beberapa para peserta sudah mula mundar mandir di sekitar resort.

Jam 5 petang kelas bermula dengan pengenalan kursus. Pengenalan dikendalikan oleh en sharif sebagai peneraju kursus. sesi pengenalan berjalan dengan perbincangan yang sederhana berkaitan kebolehan dan kemampuan para peserta dalam bidang penerbitan. Ramai yang masih baru dan mula-mula berjinak dengan dunia video. Ada beberapa peserta yang masih belum pernah mengendalikan kamera video dan sistem editing NLE. Tak mengapa... keadaan masih belum panas..

Exam dijalankan selama 20 minit untuk menilai kemampuan para peserta dalam berbagai bidang pemikiran dalam dunia multimedia. Ujian minda ini adalah untuk menilai para peserta terhadap dunia kreatif akan dijalankan dalam kursus ini. Semua jawapan dapat dijawap dengan selamba... harus di ingat tak semuanya betul... Sebagai penaraju kursus, kami menjalankan kursus ini dari peringkat asas peralatan, format, teknologi sehingga pengendalian peralatan dan penerbitan berkumpan sehingga siap di akhir kursus.










Pada sebelah malam selepas makan malam.. para peserta diberi penerangan berkaitan Format yang terdapat di pasaran dan penggunaan format hari ini. Sesi ini dijalankan untuk penerangan mengenai keseluruhan penerbitan dalam pembikinan penerbitan video. Tepat jam 9.00 malam upacara perasmian kursus dijalankan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Pahang... selepas Majlis perasmian, kursus diteruskan dengan pengenalan kamera video CCD, 3CCD.. Ramai yang masih terpingga-pingga... masih belum dapat memahami. Kelas diteruskan dengan teknik-teknik dan tip-tip berkaitan kamera video. Para peserta cuba dan terus mencuba untuk mempelajari seberapa baik yang boleh.

Kelas berhenti minum dan diteruskan sehingga 1 pagi.. nampak para peserta cukup berminat dengan apa yang dipelajari.. sesi soal jawap sentiasa diadakan dan setiap soalan cuba diperjelaskan oleh tenaga pengajar.. kelas ditutp pada pukul 2.30pagi.. tidor.


Penulisan Skrip oleh Dato Mutalib...

Apa itu skrip... ramai yang belum pernah menulis sebarang skrip namun tak menjadi masalah kerana dengan setiap dedahan yang diberikan oleh dato amat bermakna... huraian demi huraian diberikan untuk memantap lagi pemikiran dalam penulisan skrip setiap orang peserta kursus. Dato memberi berbagai bagai tip untuk menulis skrip baik skrip dokomentari, skrip pendek, skrip drama dan berbagai bagai skrip lain....Akhir kursus penulisan skrip, para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan akan mencipta satu projek dalam masa 1 hingga 3 minit rancangan... pasti seronok. Kelas di sambung oleh en sharif tentang penggunaan kamera video yang betul... makan tengahari.




Kelas disambung dengan dedahan fungsi yang terdapat dibadan kamera dan penggunaan Filter, White Balance, Penggunaan Iris dan banyak lagi yang didedahan diselangselikan dengan soal jawab mengenai kamera video. Para peserta juga membawa kamera masing-masing untuk terus belajar tanpa henti dan tanpa rasa penat untuk terus belajar.

Sebelah malam, Para peserta di ajar menggunakan peralatan editing NLE. dengan software Canapous Edius NX HD.. pihak penganjur menyediakan 7 unit sistem editing dengan kapasiti broadcasting kualiti. Semua sistem dibekalkan dengan 2 skrin yang berkembar serta storage yang besar seperti 320 GB keatas bagi setiap satu sistem. Ramai yang belum pernah menggunakan sistem ini namun dengan tunjukajar oleh en sharif semuanya menjadi mudah...fungsi yang diajar cukup menarik iaitu bagaimana hendak menggunakanya sehingga setiap peserta mampu menjalankan kerja-kerja editing dengan sendiri. Disamping itu pihak penganjur juga menyediakan software sementara bagi di downloadkan kedalam setiap laptop ( Komputer peribadi ) yang di bawa oleh peserta... teknik ini dapat memudahkan setiap peserta mempelajari software ini dengan cepat....

Penggunaan Timeline, BIN, Effect, Cut, Drag and Drop mempercepatkan proses pembelajaran editing pada malam itu... jangkaan saya kelas akan mengambil masa selama 3jam untuk pandai namun semangat peserta cukup memberangsangkan iaitu hanya 2jam saja kelas editing dijalankan, para peserta sudah beralih ke sistem komputer yang dibekalkan dan terus mencuba tanpa henti... maka peserta menjadi terus pandai menggunakanya....Anda boleh bayangkan dalam masa sesingkat itu mempelajari sesuatu yang baru dan terus menjadi pandai....dasyat... syabas, tahniah kepada para peserta kerana semangat dan kometmen yang diberikan... kelas terus berjalan tanpa henti sehingga jam 4 pagi....( jadual hanya 10.30 malam saja ) Anda semua memang hebat... cukup hebat...Esok pagi semua para peserta akan menjalankan projek shooting berkumpulan seawal pagi......tidor... ada yang mengigau, ada yang tak boleh tidor, asyik terfikir apa yang nak di shooting esok... kesian... semangat sudah membara....






Thursday, May 15, 2008

SHOT

Malam yang dingin nan sepi, kelihatan bintang berkelipan bertaburan di angkasaraya.. kesamaran nun jauh kelihatan cahaya lampu jalan yang suram. Kesepian makin terasa dengan muzik alam yang semakin jauh kedengaran.... ungas malam bagai memahami keadaan diwaktu itu.... Bunyi pintu bilik dibuka...bagai memberi satu petanda yang meyeramkan.. Kelihatan cahaya bulan meyinari melalui celahan pintu yang masih separuh terbuka. yang di tunggu masih belum kunjung tiba.. sampai bila...angin bertiup semakin kencang, alunan dedaunan pokok bagi mengerti erti alam juga merasai keheningan waktu itu...

Bilakah akan berakhir suasana yang suram dan kelam ini... bunyi ranting kayu yang bergesel dengan dinding rumah kayu, membuat bulu roma semakin tegak...ahhh peduli semua itu.... hati masih bertanya apakah harus ditunggu....sesaat itu membunuh dunia kesabaran yang cukup kebal.. biarkan masa berlalu tanpa dihalang dengan perasaan ketakutan yang mendatang.... ditoleh kebelakang... bagai ada yang memerhatikan.. biarkan, biarkan ia bersama diwaktu itu.

Bunyi berdetik jam di dinding amat kuat sekali... setiap saat memberi sejuta makna ketika itu..bilik masih gelap, masih sunyi dan masih sepi. satu banyangan dihadapan cermin bagi tersenyum mengejek sesuka hati... apakah ia sudah datang.... lupakan perkara yang karut.. kata hati, harus di ingat ianya juga ujud bersama-sama di alam maya ini....

satu cahaya yang amat terang berdiri di hadapan.....

Wednesday, May 14, 2008

LAMAN WEB / WEB SITE



Laman web.

Internat,

Alam Maya....


Satu hari kita pasti terfikir " senang la ada Internat sekarang ni " sebab kita boleh berurusan dengan begitu mudah sekali seperti penggunaan email... kalau dulu nak hantar surat makan masa sampai 4, 5 hari baru sampai tapi sekarang kita hantar kealam maya.... kita pun tak tahu kemana ia di simpan surat kita dan dihantar seterus. kalau dulu maklumat kita cukup lambat... bergantung kepada beberapa pihak lain yang mambantu kita... namun kosnya semakin kurang dan kualiti bahan yang dihantar semakin baik.


Dulu kita menceritakan siapa diri kita dengan perbualan diantara satu sama lain namun sekarang kita boleh hebahkan untuk sesiapa pun.. senang. Kita paparkan berbagai berita, cerita, maklumat, hebahan, gambaran, gambar, sedih, marah dan macam-macam lagi dengan mudah sekali... itulah dia Laman Web.


Bila sebut Internat... kita pandai menggunakanya saja... tapi kita teringin masuk terus menjadi sebahagian players dalam dunia Internat bagaimana? apa yang harus di lakukan...kat mana kita boleh belajar untuk membuatnya dengan sendiri?.... layari laman web http://www.zaftrad.com.my/


Kursus Pembinaan Laman Web akan di adakan pada 23 hingga 26 jun 2008 bertempat di hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan. Selama 4 hari 3malam. Anda semua di jemput untuk turut sama berkursus mengenai laman web ini. Tenaga pengajarnya yang memang cukup pengalaman. Pengajaran dengan cara yang paling mudah. Anda akan dapat membinanya dengan sendiri. Betapa mudahnya anda sudah menjadi seorang pereka laman web anda sendiri... banyak kegunaanya seperti perniagaan, maklumat sesuatu tempat, hebahan untuk tatapan umum dan macam-macam lagi yang boleh anda jalankan... dengan adanya laman web semua maklumat dapat disalurkan dengan begitu cepat. tunggu apa lagi emailkan permohonan anda ke http://www.training@zaftrad.com.my/ anda boleh mandapat harga diskaun yang cukup hebat..... jangan tunggu lagi... teruskan minat anda dalam dunia multi media.

Tuesday, May 13, 2008

MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP)



SIARAN LANGSUNG....LIVE, LIVE, LIVE
Di lokasi kekaca TV anda... hebat tu.

Penah anda menonton siaran langsung... ha! Akademi Fantasia.. Geng Starz...semua tu live show... jangan buat silap nanti mampus jawapnya.... ya ke.. dari Penerbit, Pengarah, Floor manager, Cameraman, krew dan ramai lagi bertungkus lumus... untuk meyelamat keadaan agar tidak jadi kelam kabut.... itulah dia MCP.

Pernahkah anda bekerja dalam kumpulan yang besar terlibat dalam penerbitan yang persiapan mau berhari-hari tapi recording hanya 1jam setengah....penat... memang penat tapi hasilnya.. wooow semua orang menanti dan tunggu produk yang kita jalankan.. Apakah anda terfikir untuk terlibat dalam pembikinan rakaman secara langsung? anda tak pandai? anda takut? anda risau kalau ada yang salah... memang suatu masa dahulu saya pernah terlibat dan diberi mandat untuk menjalankan siaran secara langsung dengan peralatan yang memang haprak saja... bukan OB Van tau... kabel pun guna BNC 3core saja...lagi teruk intercom pakai cabel speker merah hitam aje...peralatan yang saya sambung satu persatu dengan peralatan lain. bagi yang tahu CCU pun tak ada, maka setting kamera dengan kamera yang lain di sambung terus ke Swither masih analog lagi. 7unit Kamera Betacam digunakan serentak... monitor saja 11biji... mampus mana satu nak tengok... juling biji mana dibuatnya.. namun semua itu mengajar saya erti kesabaran dan ujian kemampuan yang tak dapat saya cari dimanapun....Penerbit Teknikal RTM masa tu hanya memerhati saja, tugasnya pula memasang pemancar parabola dan sedia untuk signal jarak jauh ke Angkasapuri..Peralatan tersebut saya pasang satu persatu pada malam pertama dan tiba-tiba hujan.... semasa latihan maka peralatan tersebut terpaksa dibuka dan simpan sementara waktu... itulah nasib saya sewatu itu... anda kini tak perlu bersusah payah seperti apa yang saya lalui lagi... malam sebenar yang dinantikan sudah tiba... pemasangan peralatan dari petang membuat hati saya berdetup dengan amat kuat sekali mampus malam ni... boleh lepas ka ni....saya ditugaskan dari seremban negeri sembilan untuk siaran secara langsung keangkasapuri.... bukan lama 10minit aje tapi....kalau sebagai penonton tak apa...tapi kita yang menjalankan tugas besar itu rasa bagai nak pitam...8.30malam.. siaran langsung dari stadium bukit jalil menayang tun dr mahathir masuk di kaca tv saya kat seremban waktu itu....apa yang anda rasa jika ada yang bertugas waktu itu.... sekejap lagi tahulah nasib kita.... bermula dengan beberapa negeri yang ditayangkan secara live nampak menarik dan adakalanya tersasul gambar juga... namun hati saya mendapat kekuatan untuk membuat live pada malam itu maka... saya nekad... inilah peluang...tepat jam 9.00malam... dari kaca tv secara live di bukit jalil. juruacara membawa ...KITA KEPADANG BANDARAN SEREMBAN BERSAMA YUSOF ISA,,,.... maka gambar dari 1 kamera saya sudah memasuki kaca tv.. itu bermakna gambar saya dah mula live..nak tak nak buat saja.... anda tahu tak... grafik sewaktu itu datangnya dari bilik konti di RTM buakan saya yang buat.... tentu ramai tak tahu. maka bermula dengan tarian di stage saya semakin bersemangat dan terus membuat call shot satu persatu dengan jurukamera tanpa henti dan tak terasa penat... pemikiran sewaktu hendaklah cepat dan tepat membuat keputusan. orang keliling yang memerhati dengan penuh kusyuz, saya tak mengindahkan suasana keliling lagi... itulah tugas saya waktu itu.... shot demi shot ditukar dan tanpa sebarang ganguan maka siaran langsung itu di sambung kembali ke rtm dan saya merasa bagaikan lemah yang teramat setelah selesai segalanya... baru terasa nak makan dan amat lapar sama sekali...anda tahu 2hari saya tak makan cuma minum saja kerana tekanan yang amat kuat saya tanggung...untuk meyelesaikan tugas yang diberi...Pengalaman yang saya perolehi cukup bermakna kepada saya walaupun sudah berpuluh-puluh kali saya membuat rakaman dengan mengunakan sistem MCP tapai tak sama dengan live.....banyak yang saya dapat belajar, mempelajari teknik teknik dalam bidang MCP.... anda bagaimana? ingin mencuba?

Kursus Multi Kamera Production (MCP) yang akan dianjurkan oleh syarikat http://www.zaftrad.com.my/ pada 21 - 25 Juali 2008 amat baik sekali... susah dan sukar untuk kita mendapat kursus sebegini dengan penggunaan peralatan yang begitu banyak... kursus ini merangkumi peralatan, pemasangan peralatan, shot-shot, call shot, setting kamera, kerja berkumpulan yang terlibat sebagai Jurukamera, Swither, Soundman, Lightingman, floor manager serta krew-krew penggambaran bagi setiap kumpulan, kursus ini akan membina 2 kumpulan yang akan membuat rakaman serentak serta live oleh beberapa artis yang dijemput. Kursus sebegini amat baik sekali... teknik pembelajaran 20% teori dan 80% praktikal akan membuat anda rasa tercabar dengan kemampuan pembelajaran sebenar bagaimana rakaman secara live dibuat... kita harus ingat, tidak ada perulangan lagi , hanya sekali saja show tersebut... jika kita gagal maka kegagalan itu tidak boleh diulang lagi....kursus kini mengajak minda kita terus berfikir dengan cepat untuk menghasilkan mutu penerbitan yang terbaik. Anda ada minat? cuba laman web ini http://www.zaftrad.com.my/ untuk sama-sama meyertai kursus yang akan di adakan julung-julung kalinya....

Jika anda mendapat ilmu dengan kursus ini maka hidup anda menjadi semakin cerah dengan anda sendiri mampu menjalankan rakaman untuk seminar kovokesyen, bengkel, majlis khawin dan banyak lagi yang boleh mendatangkan keuntungan pada diri anda sendiri....Tip-tip akan diberikan, perbincangan berkaitan peralatan yang anda rasa mampu serta tunjuk ajar dengan peralatan anda sendiri.... yang penting jangan rasa malu dan rendah diri untuk bertanya... hak anda untuk maju...anda juga berhak untuk mempelajarinya.. jangan lepaskan peluang ini... pertanyaan http://www.training@zaftrad.com.my/ akan membantu anda untuk merealisasikan kemahuan dan permintaan minat anda dalam bidang MCP. Saya sudah melepasinya maka anda bila lagi????? peluang ini jangan di lepaskan....saya dapat tahu harga boleh dibincangkan.....mengikut kemampuan poket anda sendiri...

Friday, May 9, 2008

JAWATAN KOSONG

Berminat bekerja dalam bidang Latihan dan Kursus Multimedia Broadcasting...Sudah bekerja atau masih belum dapat kerja? Kami mengalukan anda semua untuk join syarikat kami dalam bidang Latihan dan Kursus...

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN

Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang pemasaran latihan dan kursus berkaitan multimedia profesional. Kami menganjurkan kursus-kursus penerbitan profesional sepanjang tahun 2008. Sasaran peserta kursus adalah Kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, orang perseorangan dan peminat seni multimedia. Kursus-kursus di adakan dua kali setiap bulan di hotel-hotel seluruh Malaysia. Kelayakan adalah Diploma, Ijazah atau yang setaraf denganya di alu-alukan memohon secepat yang boleh..

Hubungi : Zaftrad Services (M) Sdn Bhd, Tel : 03 78461732 Fax 03 78461744 Email : admin@zaftrad.com.my atau layari laman web www.zaftrad.com.my Temuduga akan di adakan. Gaji di bincangkan mengikut kebolehan dan kemampuan serta kelayakan yang ada.
Peluang anda berkejaya dalam dunia latihan multimedia broadcasting...

Kursus yang di anjurkan :
1. Kursus Fotografi Digital & Fhotoshop
2. Kursus Penerbitan Video Profesional ( Asas )
3. Kursus Laman Web / Portal ( Web Site )
4. Kursus Multiple Kamera Operation ( MCP )
5. Kursus Penerbitan Video Profesional Lanjutan
6. Kursus Grafik 2D & 3D
7. Kursus Editing Video ( NLE ) Profesional
8. Kursus Kamera Video Digital Profesional

Kursus Bulan Mei 2008. ( NOW )
KURSUS PENERBITAN VIDEO PROFESIONAL, 20hb hingga 24hb Mei 2008
Tempat : Duta Village Beach Resort, Kuantan Pahang. 5 hari 4 malam.
Yuran Kursus : RM.......................... Hubungi kami... harga best

Kursus dijalankan berbentuk 20% Teori dan 80% Praktikal, Peralatan editing disediakan sebanyak 12 unit editing video dan kamera video digital sebanyak 8 unit kamera 3CCD untuk kegunaan peserta kursus sepanjang kursus berjalan. Kelas bermula 8.30pagi hingga 11.30 malam ( Full Time ). Merangkumi Penginapan, Makan minum ( 6 Kali ), Bahan Pembelajaran, Vest, Bag dan sijil.

Kursus ini bermula dengan Penulisan Skrip, Kamera Video dan Shooting projek berkumpulan serta Belajar editing video NLE. Buat editing berkumpulan dengan projek yang di beri sehingga siap... diakhir kursus setiap kumpulan akan menghasil satu program yang siap untuk tayangan yang bertaraf kualiti TV. Hasil kerja setiap peserta selama kursus berjalan dalam menghasilkan tugasan projek yang diberi... akhir kursus upacara prevew dan penyerahan sijil oleh tetamu jemputan. Berminat layari laman web www.zaftrad.com.my atau training@zaftrad.com.my . harga boleh dibincangkan.... Kerana minat sanggup apa jua dan kami kerana anda terlalu berminat maka kami akan memberi harga yang tak masuk diakal kita....MURAH. SERONOK, ENJOY... cuba tanya kekawan yang pernah menghadiri... anda pasti tak akan kecewa... pelajar yang pernah mengikuti kami seperti pemegang ijazah Dr., Pegawai Perhubungan Awam, Jurukamera, Editor Video, Krew Video, dan ramai lagi.... jangan lepaskan peluang anda kerana kursus ini julung-julung kali di adakan. masih tak percaya.... cuba dan anda pasti percaya pada kemampuan kami....
H

Friday, May 2, 2008

KAMERA VIDEO DIGITAL




Berjumpa lagi..


Kamera Video... Ramai yang masih belum faham apa dengan kamera video? Sekarang banyak kamera video di pasaran... bagaimana ingin kita membelinya? Senang aje ... bawa duit dan terus beli.. sebegitu mudahnya. Mungkin tidak sebegitu mudah dan kita perlu mempelajarinya..




Kamera Video Handycam.


Kita harus memahami apa itu kamera video handycam? berapa harganya dan sejauhmana kebaikan dan keburukan kamera jenis ini. setiap kamera adalah kebaikan dan kelemahanya. Jadi kamera video handycam juga ada kelemahanya seperti kualiti gambarnya tidak secantik gambar yang kita tegok kat kaca tv mengapa? Fahami terlebih dahulu dengan kamera yang ingin di beli....setiap kamera ada peraturanya. Kamera video handycam dalam golongan CCD... apa itu CCD? kita kena pelajari apa perkataan yang terdapat pada badan kamera itu sendiri..adakalanya tertulis 3CCD.. apa pula fungsi kamera sebegini?




Harga kamera yang sebegini ( CCD ) atau tiada tertulis langsung perkataan CCD maka kamera begini juga tergolong dalam kumpulan Single CCD. adalah agak murah. Kualiti gambar juga tidak seberapa baik jika dibandingkan dengan 3CCD... saya akan huraikan lanjut tentang 3CCD nanti.. Makna Bagi CCD adalah Camera Couple Divice yang terdapat dalam badan kamera tersebut. Fungsi peralatan ini adalah mengukur @ sukatan cahaya dan kualiti yang memasuki badan kamera sebelum dirakam. Cahaya yang masauk kedalam badan kamera adalah tiga warna utama iaitu... RED, GREEN dan BLUE. Kamera yang mengunakan CCD sahaja, maka tiga warna utama tadi akan di camtun menjadi satu saluran yang memasuki badan kamera, oleh itu kualiti gambar dan cahaya yang memasuki sudah di kecilkan daripada warna asal gambar itu. Hasilnya agak rendah jika di banding dengan 3CCD.




Kamera mengunakan 3CCD.


Pantulan cahaya yang memasuk mengunakan tiga warna utama tadi memasuki badan kamera tanpa di kecikan terlebih dahulu. Hasilnya gambar tersebut menjadi lebih baik. untuk pemahaman yang lebih jelas seperti warna merah ( RED ) 100% ( GREEN ) 100% dan ( BLUE ) 100% maka hasilan warna menjadi lebih baik. Kamera Video jenis ini agak mahal dan memang mahal... dari 5,000 hingga 200,000.00. tepuk dada tanya selera anda...layari www.zaftrad.com.my




Tuesday, April 29, 2008

PEMBIKIN CERITA WAYANG

Ramai yang tidak tahu bagaimana sesebuah cerita itu di jadikan....

Menonton di Tv adalah biasa. Tak kisah seronok atau tak yang penting ada bahan untuk disi semasa waktu free, kita tak kisah ianya mendatangkan faedah atau tidak kepada diri kita sewaktu itu. menonton tv atau wayang gambar cukup untuk kita rehatkan diri selepas penat bekerja seharian atau semalaman.... penat.

Menjadikan sesebuah cerita amat rumit dan memerlukan begitu ramai tenaga kerja yang tidak akan jemu dalam dunia kreatif. Adakah anda faham bagaimana cerita itu di jadikan... Masalah la nak fikirkan bagaimana ia dijadikan... tengok aje pun dah cukup. tapi kalau anda tahu bagaimana ia di bikinkan lagi seronok. Bermula dengan sesuatu idea yang cukup menarik. idea yang mungkin di anggapkan sebagai gila-gila... itu idea yang cukup baik... dalam setiap idea yang datang perlu ada intro dan endingnya... bila difikiran... seronok juga dengan idea begitu maka... sebuah skrip pun di tulis. bagaimana nak menulis skrip.... itu yang penonton tidak tahu....ya skrip.... ramai yang bertanya bagaimana nak menulis skrip dan apa itu skrip.... ah! malas nak fikirkan lagi.... biar saja yang pandai tulis ... kita sebagai penonton.. menonton saja. ha! dari skrip bermula sesuatu cerita yang boleh menarik perhatian penonton dalam sesuatu cerita itu. olahan skrip amat penting.. jalan cerita, sub plot yang membawa cerita dan sub plot yang membunuh cerita cukup diambil kira. prosa kata dalam skrip serta huraiaan jalan cerita telah disusun dengan baik oleh penulis skrip. Penulis skrip sudah tahu apa akan jadi dengan sesuatu cerita itu. Penulis skrip boleh membuat penonton menangis dan penulis skrip juga boleh membuat penonton marah.... adakah ada suka sebagai penulis skrip?

Ok... skrip dah siap... kalau drama bersiri, skripnya paling kurang 18scen. kalau cerekarama skripnya paling kurang 75scen. bila skrip sudah siap maka cerita tersebut sudah boleh masuk peringkat produksi.... iaitu penggambaran. Pernah tengok bagaiamana orang shooting drama? apa tak pernah.... ha rugi tau....bagi yang pernah tengok!.... apa boring... memang kerana ramai yang tak faham bagaimana shooting dijalankan.... oleh itu kita kena ingat sebelum memulakan shooting .... di adakan skrip reading dengan pelakon terlebih dahulu. pelakon cuba untuk memahami watak yang di beri... watak...watak.... faham watak. watak orang kaya.... kena gaya dengan orang yang kaya... watak perogol mesti ada gaya perogol dan dialognya juga mesti sesuai.

Lokasi : SEBUAH KAMPUNG DI TEPI LAUT
Scen : 5 / Shot: 1 / Take : 3

Kelihatan seorang gadis manis sedang termenung di atas longokan batu. suasana petang yang cukup dingin. matahari semakin terbenam. gadis tersebut bagai sedang menanti seseorang yang masih belum pulang. kelihatan burung camar berlegar-legar di udara. Kelihatan mak uda datang kearah gadis itu.

Mak Uda : apa yang kau tunggu lagi seri? ( mak uda bertanya kepada seri yang nampak makin termenung semenjak tadi )

Seri menoleh kearah mak uda dengan sayu, seperti mengharap sesuatu...

Seri : Entah la mak uda, seri pun masih terasa , abang imran.....
Seri tidak dapat meyambung lagi kata-katanya.....


Sebagai penonton, apa yang terhasil di kaca tv adalah sesuatu cerita. SERI dan Mak Uda di tepi pantai.. sebagai pembikin... begitu ramai tenaga produksi di perlukan... anda tahu adanya Pengarah, Penolong Pengarah, Jurukamera, Penolong Jurukamera, Juruaudio, Penata Cahaya, Pengurus Produksi, Jurumakeup, Jurugegas... yang buat air minum dan makan. Pemandu.... dan banyak lagi yang jadi penonton kat belakang.....semua yang berkerja bagai faham bagaimana nak berkerja dengan baik sehingga boleh menghasil cerita yang cukup menarik dan diminati ramai.....

CUT!!..... jangan tunjuk muka yang begitu... sedih, sedih sedih... u kehilangan suami yang tak balik.... kata pengarah kepada artis yang membawa watak seri.... kita macam tak percaya... seseorang pengarah mampu melihat orang lain yang melakonkan sesuatu watak tidak kesempaiaan.... pembawaan watak amat perlu.... kegagalan membawa watak boleh merosakan jalan cerita itu sendiri... ok... bagaimana watak boleh dicipta?

Stanby!!! roll camera......and AAAACTION !!

pernahkah kita tahu bagaimana seorang pengarah menjalankan tanggunjawapnya...itu masalah kita, semua ini tak ada dalam sebuah cerita yang kita tonton...kita menjadi rugi jika kita hanya sebagai penonton sahaja. rugi kalau kita tidak cuba untuk memahami apa itu pembikinan cerita! di sebalik tabir sesebuah cerita ada banyak pengorbananya. korban masa, korbankan wang ringgit yang begitu mahal...untuk anda mencari suatu kepuasan. .....CUTT!

Bunyi macam marah... itulah seorang pengarah... mencari sesuatu yang terbaik. apa pula perasaan jurukamera dan pelakon itu sendiri, dan lain-lain krew. perkataan CUT sudah cukup memberi makna sesuatu yang salah atau kepuasan pengarah itu sendiri. kita perlu berada di tempat itu sendiri untuk memahami bagaimana sesebuah pembikinan cerita yang sebenar....

ok.... masih jauh dan panjang jalan untuk merialisasikan apa yang kita ingin...kan.

Sunday, April 27, 2008

FOTOGRAFI BUKIT FRASER


Ramai yang bertanya kenapa dengan fotografi?..Gambar yang cantik ujud dari daya kreatif yang tinggi. maka pada 5 hingga 7 mei 2008 kami menganjurkan kursus Fotografi untuk semua. Belajar dengan cara yang betul.


Bermula pada 5hb. para peserta kursus ke Bukit Fraser. Chek in Hotel dan lepak dulu sementara menunggu bermulanya kelas. Kelas bermula pada pukul 4 petang hingga malam. Belajar dengan kamera DSLR. Kelas berjalan sampai pukul 10.30 malam.


Pagi selepas sarapan. semua peserta akan mula kelas fotografi seterusnya. aktiviti luar bersama kamera dijalankan di sekitar Bukit Fraser. Suasana sejuk dan panorama yang menarik akan menambahkan lagi keghairahan para peserta untuk mengambil gambar.


Tunjukajar dari tenaga pengajar En Amir. Tip-tip menarik diberikan kepada setiap peserta. Tunjukajar setiap masa dengan bantuan tenaga pengajar cukup manafat.


Hari ketiga kursus Fotografi dengan Adobe Photoshop.... belajar menggunakan Adobe yang betul dan membuat beberapa daya kreatif mengunakan gambar dan cetakan gambar yang menarik. Majlis peyampaian sijil di keluarkan di akhir kursus kepada para peserta....layari laman web http://www.zaftrad.com.my/

Thursday, April 24, 2008

KURSUS PENERBITAN VIDEO PROFESIONAL



Penerbitan, apa itu penerbitan video?

Kursus Penerbitan akan diadakan pada 20 hingga 24 mei 2008. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dengan bidang penerbitan video... kursus ini mempelajari berbagai aspek penerbitan seperti Penulisan skrip, Penggunaan Kamera Video, Penggunaan Editing Video Non Linear sistem dan pembikinan penerbitan...

Kursus ini belajar selama 5 hari 4 malam sepenuh masa... bermula dari 9 pagi sampai 11.30 malam. Para peserta juga akan di dedahkan dengan berbagai teknik dalam penerbitan yang selama ini belum pernah tahu bagaimana pembikinan yang sebenar dalam sesebuah cerita baik drama, filem, dokumentari dan iklan.

Tenaga pengajar yang terdiri daripada penceramah yang cukup pengalaman dan terlibat dalam bidang penyiaran TV dan Filem...

Jika berminat sila layari laman web http://www.zaftrad.com.my/ borang penyertaan juga disertakan

Bagaimana hendak membuat Video Klip Kareoke dengan cara anda sendiri... membuat Video Klip anda sendiri...mari kita belajar caranya.

BELAJAR ITU PENTING




Sekumpulan peserta belajar sesuatu yang baru dalam dunia media....
bagaimana? dengan siapa? untuk apa? ilmu itu harus di pelajari... belajar sekodeng? shooting la tu..

Kursus Kamera Video Profesional, di Hotel Seri Malaysia Ipoh perak pada 24 hingga 28 Mach 2008 yang lalu...peserta datang dari berbagai jabatan dan agensi.. belajar

Kursus ini menggunakan kamera video yang berkualiti tinggi ( Digital ) 3CCD... wou... hebat tu.. para peserta di berikan penerangan tentang pembelajaran dan suaikenal mengenai kamera video... tentu ramai yang berminat... kursus ini bermula dari seawal pagi hingga selewat malam... haha tentu letih, tapi seronok.

hari berikutnya semua peserta diajar mengenai penggunaan kamera video dengan peralatanya sekali dan teknik serta shot-shot yang betul... dah mula seronok. mak oi... kamera yang di sediakan oleh syarikat zaftrad services (M) Sdn Bhd ... http://www.zaftrad.com.my/ memang banyak 6unit siap dengan semua tripod, bettery dan banyak lagi....apa lagi jom.

semua peserta di beri tunjukajar yang sebaik mungkin dengan teknik shooting dan shot yang menarik. ha.. tugasan pun diberikan.. kena buat projek kursus... tak panjang 4 minit setiap kumpulan... boleh tahan juga penatnya.. ada yang buat story pasal Hotel Seri Malaysia, Pasal Bandar Ipoh, Pasal Labu Sayong dan tak juga yang buat video klip lagu SERI.... tentu seronok.

Sebelah malam pula para peserta di berikan dua unit sistem editing... tapi part ini tak termasuk dalam jadual kursus kerana kursus ini hanya untuk kursus kamera video saja kalau nak masuk kursus yang ada semua boleh masuk kursus penerbitan video profesional yang akan dia adakan pada 20 hingga 24 Mei 2008 di Duta Village Beach Resort, Kuantan.... berminat go to http://www.zaftrad.com.my/ masih ada kekosongan katanya.... katanya belajar Skrip, Kamera Video, Editing NLE, dan buat projek berkumpulan sampai siap... hebat tu.

Malam kat ipoh ada yang tak tidor sampai pagi... member Mei, Amir sibuk buat editing video klip lagu SERI sampai tak sedar hari dah siang....tu la kena pukulan editing video dah masuk hantu gian katakan. tapi bagus tu dan kira ada peningkatan.. termasuk dengan peserta lain sibuk buat projek masing-masing...

malam terakhir semua kumpulan siapkan projek masing-masing dan upacara penyampaian sijil tamat kursus... hebat semua dapat skrol tu macam ijazah la... nampak semua happy walaupun penat. malam penutup hebat ... dato' yang datang bagi sijil macam malam anugerah filem la pula siap dengan litas langsung ke skrin besar kat depan dengan menggunakan kamera MCP 4 kamera dengan swither.. anekas sony tu...hebat dan tahniah saya ucapakan kepada semua peserta kursus kemara video profesional, di ipoh tempohari... kalau boleh sambung belajar lagi dengan kursus-kursus lain yang di anjurkan oleh syarikat zaftrad services (M) sdn bhd atau pi tengok http://www.zaftrad.com.my/...